Cara dan rawatan menghilangkan jerawat mudah dan cepat

Cara dan rawatan menghilangkan jerawat. Dapatkan tips-tips dan panduan bagaimana nak hilangkan jerawat yang degil di muka. Terdapat pelbagai cara dan rawatan menghilangkan jerawat yang digunakan. Anda boleh memilih atau mencuba kesemua cara dan rawatan menghilangkan jerawat diblog ini.

Hilangkan jerawat menggunakan baking soda dan air
Caranya begini. Letakkan baking soda dan air dalam bekas atau mangkuk dan adunkan. Wah dah macam nak buat kek la pulak. Ok, kemudian letakkan pada jerawat dan jeragat anda. Biarkan selama 30 minit. Kemudian ambil kain dan celupkan dengan air panas. Kemudian lapkan campuran baking soda tadi.

Hilangkan jerawat menggunakan minyak zaitun
Cara-caranya, sediakan 4 sudu garam dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak zaitun. Adunkan sehingga sebati. Lepas itu tunggu apa lagi, sapukan pada jerawat degil anda itu. Biarkan selama 5 minit dan bilaskan dengan sabun.

Hilangkan jerawat menggunakan daun sirih
Korang ada tak daun sirih ni? Ha..Kang tak de nak buat mcm mana. Mula-mula guna sehelai dauh sirih dan rendamkan dalam air panas. Kalau boleh tu guna la bekas yang sesuai. Selepas itu, tunggu hingga air itu sejuk dan daun sirih tadi layu. Sekarang gunakan air itu dan basuh muka anda dan biarkan sehingga kering dengan sendiri. Setelah kering, bilaskan dengan air sehingga bersih.

Hilangkan jerawat menggunakan Vitamin B5
Vitamin B5 dipercayai boleh menghilangkan jerawat. Anda boleh dapatkan Vitamin B5 ini di farmasi berdekatan.

Cara hilangkan jerawat menggunakan tomato
Tomato bagus untuk kesihatan mata. Mesti ramai pernah dengar tomato bagus untuk kulit muka kan? Tomato dipercayai boleh menghilangkan jerawat dan juga bintik hitam. Nak tahu cara-caranya? Korang potong tomato ikut bentuk yang korang suka, dan sapukan pada muka anda. Buat macam sapu benda tu. Haha.. Apa yang penting, biarkan ia sehingga kering. Kalau boleh bertahan 1 jam lagi bagus. Lepas tu korang bilas dengan air suam. Kalau nak lagi best, makan la tomato. Tapi bukan makan tomato yang korang letak pada muka tadi.

Hilangkan jerawat menggunakan kulit kayu manis
Korang tahu kan kulit kayu manis yang tak berapa nak manis tu? Cara-caranya, hancurkan kulit kayu manis tu sehalus yang anda mampu. Lepas tu campurkan dengan air. Kalau nak lagi best campurkan dengan madu. Lepas tu makan, EH!! Bukan. Jangan makan pulak. Sapukan adunan tadi ke muka, buat masker la. Jangan pelik pulak. Kata nak cantik kan. Amalkan
sebelum tidur, bila bangun bersihkan. Korang buat la hari-hari pon tak pe. Bagi yang tidak pernah cuba, jangan letak banyak pulak kulit kayu manis tu, nanti panas habis muka.

Hilangkan jerawat menggunakan pokok lidah buaya
Ha korang jangan salah faham pulak. Bukan lidah buaya, kang ada yang kena ngap dengan buaya semata-mata nak hilangkan jerawat. Pokok lidah buaya, lendirnya juga dikenali sebagai aleo vera. Lendir ni la boleh hilangkan jerawat dan parut jerawat. Korang amik lendir dia tu, sapukan kat jerawat korang tu. Boleh diamalkan pada waktu pagi dan petang. Yang ni jangan risau panas ke apa, Lendir dia mmg sejuk. Tak caya boleh try.

Cara hilangkan jerawat menggunakan putih telur
Ingat ya kawan-kawan, putih telur, bukan kuning telur. Nak tahu apa kelebihan putih telur? Ia boleh mengurangkan minyak di wajah anda. Kalau dah muka tak de minyak, kurang la jerawat yang nak tumbuh. Minyak pada muka ni ibarat baja pada tumbuhan. Ingat tu. Ok tak yah cerita la nak amik putih telur dari mana kan. Korang kacau-kacau sikit putih telur ni,
lepas tu sapu kat muka korang. Masa yang terbaik adalah 15 minit. Lepas tu korang basuh dengan air suam. Faham tak? Nak taw macam mana nak hilangkan bintik hitam dan putih? Guna kan tisu dan rendam dalam putih telur lalu di tempek kan pada hidung. Biarkan seketika sehingga kering, nanti korang dapat lihat biltik hitam dan putih lekat pada tisu itu.

Cara hilangkan jerawat menggunakan pucuk jambu batu
Pucuk jambu batu ye adik-adik sekalian, bukan buah jambu batu. Pucuk tahu yang mane? Yang muda la. Bukan daun yang dah tua dan keras tu. Korang amik pucuk jambu batu ni dalam 2-3 helai, ikut berapa besa tangan korang. Lepas tu gulung supaya senang korang nak tenyeh pada muka nanti. Lepas tu sapukan dekat muka. Biar sehingga kering dan basuh guna air panas. Eh silap, air suam ya.

Cara hilangkan jerawat menggunakan air basuhan beras
Cara ni memang sesuai kepada sesiapa yang selalu masak nasi. Masa tengah-tengah basuh beras tu korang amik air dia dan basuh muka korang. Tapi ingat jangan terus lap. Biarkan sehingga kering dan lap kan dengan air suam. Air basuhan beras ni dipercayai banyak kahsiatnya.

Begitulah cara cara dan rawatan menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat. Sampai sini dulu.

Source and citation:
http://www.bbpluscollagen.com.my

Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat kek lapis masam manis
Resepi dan cara membuat kek lapis pelangi
Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak
Resepi dan cara membuat kek coklat
Resepi dan cara membuat kek pisang

Acne Can Be Warning Sign

Acne also may be warning a woman of an underlying medical condition. When a woman’s acne is accompanied by excessive facial hair, thinning hair or bald patches on the scalp, and irregular periods, it may be a sign of polycystic ovaries (a condition that causes cysts to develop in the ovaries) or adrenal hyperplasia (a group of adrenal gland disorders). It also is possible that the woman has a hormone-secreting tumor located in her adrenal gland or an ovary. It is vital that women experiencing these signs and symptoms see a doctor. Testing can find the cause and allow the doctor to determine the best treatment. The acne will not clear until the medical condition is treated.